Siri TV Star Wars: Andor adalah prekuel kepada filem solo Rogue One yang ditayangkan pada 2016. Ia adalah kisah bagaimana pelan Death Star dicuri untuk mengehntikan penjahat dengan fokus terhadap watak Cassian Andor dan Jyn Erso.

Di acara Star Wars Celebration Anaheim 2022, treler bagi siri ini telah didedahkan. Siri TV ini juga adalah siri TV aksi nyata Star Wars paling panjang setakat ini dengan 24 episod. Siri ini akan membawa penonton ke lima tahun sebelum berlakunya agenda di Rogue One dengan fokus terhadap watak Andor ini sendiri.

12 episod untuk musim pertama akan tiba pada 31 Ogos ini, di mana hari pertama siaran 2 episod akan disiarkan. Sementara 12 episod lagi untuk musim kedua akan memulakan penggambaran November ini dengan musim kedua akan menceritakan perjalanan ke Rogue One.

Sohor Kini