Ant-Man and the Wasp: Quantumania disahkan akan menjadi filem permulaan untuk fasa ke-5 MCU. Dalam filem ini, Kang the Conqueror adalah musuh utama dan disamping Kang – MODOK juga akan terlibat menjadikan kali pertama watak ini muncul dalam bentuk aksi nyata.

Wakil Marvel telah berkongsi seni konsep bagi filem ini. Nampaknya, anak Ant-Man iaitu Cassi Lang turut akan beraksi sebagai salah satu variasi Ant-Man yang digelar sebagai Stingers.

Filem ini juga dikatakan akan melibatkan Bill Murray di dalamnya, namun tidak pasti lagi sama ada adakah watak penting atau sekadar sampingan sahaja. Dengan filem ini, fasa baharu MCU akan bermula yang akan diteruskan dengan siri TV Secret Invasion, Guardians of the Galaxy Vol. 3 sehinggalah Daredevil Born Again ke Thunderbolts.

Sohor Kini