Seperti dikongsi-kan oleh Marvel ketika San Diego Comic-Con, filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania akan menjadi permulaan untuk MCU Fasa 5 dan ia akan ditayangkan di pawagam pada 17 Februari 2023.

Di Comic-con, Marvel juga telah memperlihatkan klip eksklusif (dilaporkan oleh Variety) untuk Ant-Man and the Wasp: Quantumania yang mengesahkan yang Kang the Conquerer akan menjadi watak antagonis utama di dalam filem ini. Namun, selain Kang turut diperlihatkan seorang lagi watak jahat iaitu MODOK.

Buat masa ini, klip tersebut tidak dikongsi secara umum, kami akan kongsikan jika ia disediakan kelak.

Sohor Kini