EA hari ini telah berkongsi muka depan untuk permainan seterusnya simulasi bola sepak mereka iaitu FIFA 23, buat masa ini mereka hanya memperlihatkan muka depan untuk Edisi Ultimate dan buat pertama kalinya menyertakan pemain bola sepak wanita iaitu Sam Kerr pemain bola sepak untuk Australia dan juga kelab Chelsea.
Beliau menghiasi muka depan bersama dengan Kylian Mbappe yang kembali lagi selepas menjadi penghias muka depan untuk FIFA 22 sebelum ini. Maklumat lanjut mengenai FIFA 23 masih tidak dikongsi akan tetapi mereka mengatakan yang treler pertama dan juga maklumat lain akan dikongsi pada 21 Julai 2022.
Anda boleh nantikan treler tersebut di bawah.
FIFA 23 merupakan permainan terakhir yang akan menggunakan jenama FIFA, dengan selepas ini iaitu untuk keluarkan pada tahun depan ia akan dikenali sebagai EA Sports FC selepas EA tidak lagi memperbaharui kerjasama mereka bersama dengan badan induk utama bola sepak dunia tersebut.
FIFA 23 dijangka akan tiba pada bulan September ataupun Oktober tahun ini.