PUBG Mobile sebelum ini telah mengumumkan yang mereka sekali lagi melakukan kolaborasi dengan kumpulan k-pop terkenal iaitu Blackpink dan kali ini, buat kumpulan tersebut akan menganjurkan konsert maya.

Baca lanjut mengenai PUBG Mobile x Blackpink: Blackpink Bakal Menganjurkan Konsert Di Dalam PUBG Mobile

Konsert ini akan berlangsung pada 23 sehingga 24 Julai dan 30 sehingga 31 Julai dan boleh ditonton di dalam permainan PUBG Mobile. Anda juga boleh tonton bersama-sama dengan pemain-pemain lain dan juga peminat Blakcpink, melalui Watch Party yang akan dianjurkan pada 23 Julai di PJPAC 1 Utama.

Kemasukan untuk Watch Party ini adalah terhad, dan anda boleh daftar untuk berpeluang mendapatkan tempat di pautan ini.

PUBG Mobile sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini