PUBG Mobile akan melancarkan kemaskini 2.1 esok, di mana ia adalah persedian untuk kembalinya acara kolaborasi di antara permainan battle royale tersebut dengan kumpulan k-pop popular Blackpink. Ini adalah kolaborasi kali kedua selepas acara pada tahun 2020.
Melalui acara kolaborasi ini, buat pertama kali PUBG Mobile akan menerima konsert di dalam permainan, yang akan disembahkan oleh Blackpink di mana mereka akan menyanyikan lagu-lagu popular. Konsert ini akan berlangsung pada 23 sehingga 24 Julai dan 30 sehingga 31 Julai.
Bagi menjadikan konsert lebih menarik, pemain boleh dapatkan kostum di dalam permainan yang berdasarkan pakaian yang akan dipakai oleh anggota Blackpink semasa konsert tersebut. Kostum ini boleh mula didapatkan pada 23 Julai sehingga 31 Ogos 2022.
Pemain boleh dapatkan ‘tiket’ untuk ke konsert ini secara percuma bermula pada 15 Julai dan juga perlu memuat turun Concert Resource Pack esoknya yang diperlukan untuk menghadiri konsert tersebut.
Selain itu, mereka juga mengumumkan yang Blackpink akan hadir dengan lagu baharu bersama dengan video muzik khusus untuk acara ini. Ia akan tiba sekitar bulan ini dan akan dikongsi di dalam permainan dan juga laman media sosial PUBG Mobile.
Permainan ini juga telah menerima mod permainan baharu iaitu Ancient Secret: Arise di peta Erangel, Miramar ataupun Livik. Melaluinya akan terdapat kawasan ribut pasir yang jika pemain memasukinya dan terselamat akan mendapat Scarab Charms yang membolehkan pemain hidup semula selepas mati buat pertama kali.
Pemain juga boleh mencari Scarab Ruins dan Jackal Ruins untuk mendapatkan pelbagai ganjaran dengan menyelesaikan tekaria dan juga melawan dengan penjaga. Di peta juga akn terdapat Desert Merchants yang akan menjual barangan dengan potongan harga. Royale Pass Bulan 13: Exo-Genesis akan bermula pada 19 Julai 2022.
PUBG Mobile sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.