Wordle adalah permainan web meneka perkataan. Setiap hari perkataan lain dikemaskini dan pemain perlu teka perkataan yang hanya mempunyai lima huruf. Wordle juga telah dibeli oleh The New York Times pada harga lebih RM1 juta dan turut mempunyai lebih satu juta pemain setiap hari.

Populariti Wordle ini agak dahsyat sehinggakan banyak versi klon dihasilkan dan versi alternatif yang mengambil Wordle sebagai inspirasi. Terkini, Wordle teklah bekerjasama dengan Hasbro untuk menjadikan permainan meneka perkataan mereka ini sebagai satu set papan permainanWordle: The Party Game.

Membezakan Wordle versi web dan papan permainan ini adalah, versi web dicipta untuk dimainkan oleh seorang sahaja sementara Wordle: The Party Game adalah untuk multi-pemain. Seperti Wordle, ia masih lagi satu permainan meneka perkataan dengan lima huruf.

Seorang pemain perlu sebut satu perkataan, sementara pemain lain teka dan tulis huruf mewakili perkataan tadi. Pemain yang sebut perkataan tadi akan meletakkan kepingan plastik lut cahaya warna kuning atau hijau untuk memberitahu huruf itu betul atau salah tempat. Kepingan kad untuk rekod skor mudah padam turut disediakan.

Jika salah dan tewas, kepingan kad isi huruf tadi boleh dipadam dan digunakan semula untuk sesi permainan baharu. Wordle: The Party Game akan dijual bermula Oktober nanti melalui laman wordlethepartygame pada harga $19.99 iaitu sekitar RM89.

Sohor Kini