Francais permainan video popular terbitan SEGA, Puyo Puyo, telah dibawakan ke rangkaian kedai Animate menerusi acara kolaborasi Animate Cafe Gratte. Siri acara ini merupakan fasa kedua di bawah projek kolaborasi sepanjang tahun antara SEGA Corporation dan Animate Co., Ltd. yang melibatkan lapan harta intelek (IP) global milik kumpulan SEGA.
Bagi pasaran tempatan, acara di Animate Cafe Kuala Lumpur ia sudah berlangsung dari 11 Julai sehingga 2 Ogos 2026. Antara menu khusus yang ditawarkan termasuklah Gratte Latte, minuman dengan cetakan reka bentuk karakter pada krim putar, dan Icing Cookie yang sepadan, di mana masing-masing dijual pada harga RM 19 setiap satu. Pilihan minuman bagi Gratte Latte merangkumi Iced Cafe Latte, Iced Houjicha Latte, Iced Matcha Latte, Iced Chocolate Latte, serta Weekly Special Latte.
Bagi setiap pembelian satu item menu, pelanggan turut diberikan pilihan untuk membeli barangan eksklusif Trading Acrylic Coaster yang menampilkan 7 reka bentuk rawak dengan tambahan harga RM 20.

Puyo Puyo merupakan siri permainan video bergenre action-puzzle game yang mula diperkenalkan pada tahun 1991 dengan mekanik menyusun empat atau lebih objek berwarna sama untuk dipadamkan dari skrin.
Menerusi sambutan ulang tahun ke-35 francais ini pada tahun 2026, siri permainan ini telah berkembang ke pelbagai platform permainan termasuk konsol serta telefon pintar. Selain itu, siri Puyo Puyo kini merupakan salah satu tajuk permainan video yang diiktiraf secara rasmi oleh JESU (Japan e-Sports Association) sebagai acara kompetitif dalam arena esukan di peringkat domestik mahupun antarabangsa.


