Wordle merupakan satu permainan tekaria perkataan yang ringkas, di mana pemain perlu meneka satu perkataan setiap hari melalui enam percubaan. Ia telah menjadi sangat popular sejak dilancarkan pada bulan Oktober lepas, sehinggakan telah mendapat banyak klon di App Store.
The New York Times hari ini telah mengumumkan yang mereka mengambil alih laman tersebut dengan bayaran 7-angka, ataupun lebih sejuta ringgit. Pengambil-alihan ini dikatakan untuk menggalakkan lagi langganan perkhidmatan mereka.
Menurut The New York Times, permainan tersebut akan terus ditawarkan secara percuma, sekurang-kurangnya buat masa ini. Wordle dikatakan mempunyai 90 pemain semasa dilancarkan, meningkat kepada 300 ribu pada pertengahan November dan kini mempunyai lebih 1 juta pemain setiap hari.
Populariti Wordle juga telah memberi inspirasi kepada pelbagai lagi permainan yang sama termasuk juga Katapat yang menggunakan Bahasa Malaysia.