Acer Malaysia telah mengumumkan yang mereka akan membawa secara rasmi projektor gaming yang diumumkan pada tahun lepas iaitu Predator GD711, selain itu mereka juga mengumumkan 3 monitor baharu iaitu Predator CG437K S, Predator X38 S dan Acer Nitro XZ342CUP.

Predator GD711

Predator GD711 merupakan projektor yang menggunakan LED, ia menyokong resolusi sehingga 4K dengan kadar segar semula 60Hz, bagi yang inginkan kadar segar semula yang lebih tinggi, ia menyokong resolusi 1080p dengan kadar segar semula 240Hz di PC dan [email protected] di konsol. Ia juga menyokong fungsi segar semula yang dinamik.

Projektor ini akan mempunyai dua port HDMI 2.0 selain juga mempunyai palang audio dan tiga palang USB jenis-A. Dengan menggunakan LED ia mempunyai warna yang sangat baik dan menyokong HDR10. Ia juga mempunyai pembesar suara terbina, jika tidak ingin gunakan yang tambahan.

Di Malaysia ia ditawarkan dengan harga RM4,999 dan sehingga 14 Julai pembeli boleh dapatkan potongan harga RM300 dan hadiah bernilai RM199.

Predator CG437K S

Predator CG437K S adalah monitor dengan saiz skrin 42.5-inci dengan resolusi UHD (3840 x 2160) dan menyokong kadar segar semula 144Hz dan kadar reaksi 1ms. Ia juga hadir dengan sokongan NVIDIA G-Sync.

Monitor ini juga hadir dengan port HDMI 2.1 yang membolehkan sokongan untuk 4K dengan kadar kelancaran 144Hz serta Kadar Segar Semula Boleh Ubah. Manakala untuk port USB, ia menyertakan USB 2.0, USB 3.0 dan USB-C dengan switch KVM terpasang.

Monitor ini ditawarkan dengan harga RM4,699 dan setiap pembelian sehingga 14 Julai, pembeli boleh dapatkan RM200 diskaun dengan hadiah bernilai RM199.

Predator X38 S

Predator X38 S hadir dengan skrin ultra-lebar 37.5-inci dengan resolusi UWQHD+ (3840 x 1600) dan panel IPS. Ia menyokong kadar segar semula sehingga 175Hz dan kadar reaksi serendah 0.3ms G-ke-G.

Ia juga hadir dengan sokongan NVIDIA G-Sync Ultimate ataupun Esports Mode mengikut kegunaan bersama dengan NVIDIA Reflex Latency Analyzer. Teknologi Acer turut disokong iaitu Acer LightSense dan Acer ColorSense.

Monitor ini ditawarkan dengan harga RM5,999 dan setiap pembelian sebelum 14 Julai 2022, pembeli akan mendapat potongan harga RM300 bersama dengan hadiah bernilai RM199.

Acer Nitro XZ342CUP

Acer Nitro XZ342CUP menyertakan skrin bersaiz 34-inci dengan resolusi QHD, ia menyokong kadar segar semula sehingga 144Hz dan kadar reaksi 1ms. Ia hadir dengan sokongan teknologi AMD FreeSync bersama dengan Acer Flicker-less, Acer BluelightShield dan Acer ComfyView.

Ia ditawarkan dengan harga RM1,799 dan setiap pembelian sebelum 14 Julai 2022 boleh dapatkan potongan harga RM100 dan hadiah berniali RM50.

Ketika pengumuman yang sama, Acer Malaysia turut mengumumkan kemaskini untuk komputer riba Predator Helios 300 dan Acer Nitro 5 bersama dengan jerayawara ‘It Lies Within’ yang berlangsung di Sunway Pyramid sehingga 3 Julai.

Sohor Kini