Acer Malaysia minggu ini telah mengumumkan model baharu untuk produk Predator Helios 300 dan juga Acer Nitro 5 mereka yang juga telah menerima rekaan baharu. Pengumuman ini dilakukan di jerayawara ‘It Lies Within’ yang berlangsung di Sunway Pyramid sehingga 3 Julai.

Predator Helios 300

Predator Helios 300 dikemaskini dengan cip pemprosesan Intel Core i7 Generasi Ke-12, ia juga hadir dengan skrin bersaiz 15.6 inci dengan resolusi QHD (2560 x 1440) dan menggunakan panel IPS. Skrin menyokong kadar segar semula sehingga 165Hz dengan kadar respon 3ms untuk dalam mod overdrive.

Ia hadir dengan 4 pilihan iaitu;

  • PH315-55-7285: RTX 3080, 32GB RAM, 2TB Storan (RM11,999)
  • PH315-55-796N: RTX 3070Ti, 32GB RAM, 2TB Storan (RM9,999)
  • PH315-55-71WH: RTX 3070, 16GB RAM, 1TB Storan (RM8,999)
  • PH315-55-72EA: RTX 3060, 16GB RAM, 1TB Storan (RM7,999)

Bersempena dengan promosi pelancaran dan juga jerayawara ‘It Lies Within’, Predator Helios 300 ditawarkan dengan potongan harga sebanyak RM200, selain itu pelbagai hadiah percuma bernilai RM833 akan diberikan termasuk juga tambah nilai untuk Touch ‘n Go.

Acer Nitro 5

Acer Nitro 5 juga dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Core i7 Generasi Ke-12 dengan skrin 15.6 inci dengan resolusi QHD (2560 x 1440) dan menggunakan panel IPS. Skrin menyokong kadar segar semula sehingga 144Hz, terdapat juga model yang menyertakan 165Hz.

Ia hadir dengan 5 model iaitu;

  • AN515-58-755K: RTX 3070Ti, 32GB RAM, 1TB Storan, 165Hz (RM8,699)
  • AN515-58-72ND: RTX 3060, 16GB RAM, 512GB Storan, 144Hz (RM5,999)
  • AN515-58-74HM: RTX 3050Ti, 16GB RAM, 512GB Storan, 144Hz (RM5,499)
  • AN515-58-72JZ: RTX 3050, 16GB RAM, 512GB Storan, 144Hz (RM5,299)
  • AN515-58-586D: Intel Core i5, RTX 3050Ti, 8GB RAM, 512GB Storan, 144Hz (RM4,399)

Bersempena dengan promosi pelancaran dan juga jerayawara ‘It Lies Within’, Predator Helios 300 ditawarkan dengan potongan harga sebanyak RM150, selain itu pelbagai hadiah percuma bernilai RM623 akan diberikan termasuk juga tambah nilai untuk Touch ‘n Go.

Anda boleh dapatkan Predator Helios 300 dan Acer Nitro 5 baharu ini di mana-mana pengedar rasmi Acer, termasuk juga gedung Shopee dan Lazada mereka.

Sohor Kini