Bioware akhirnya mengumumkan judul rasmi untuk permainan Dragon Age yang keempat iaitu Dragon Age: Dreadwolf. Dengan judul menggunakan nama lain untuk Solas, Bioware juga mengatakan yang permainan ini akan memfokuskan kepada Solas yang mempunyai perancangan dia sendiri.

Solas pertama kali diperkenalkan di dalam Dragon Age: Inquisition yang pada awalnya menjadi rakan kepada pemain, tetapi di pengakhiran permainan mula diperlihatkan yang dia mempunyai rahsia dan rancangan tersendiri untuk mengembalikan empayar Elf.

Permainan Dragon Age baharu sudah diacahkan sejak tahun 2018 lagi, dengan disahkan pada tahun 2020, kini 2 tahun kemudian ia menerima judul rasmi. Bioware juga telah mengatakan yang permainan ini tidak akan tiba pada tahun ini dan maklumat lanjut mengenainya akan diumumkan sekitar tahun ini.

Sohor Kini