BioWare ialah sebuah studio pembangun permainan komputer yang cukup terkenal untuk siri permainan Dragon Age dan juga Mass Effect. Ia boleh dikatakan bahawa kedua-dua permainan ini merupakan permainan yang mendefinisikan genre RPG apabila ia dimainkan oleh berjuta pemain di seluruh dunia.

Terkini, BioWare nampaknya sudah bersedia untuk kembali dengan kedua-dua permainan ini, dimana mereka telah memperlihatkan video acah untuk permainan Dragon Age 4 dan juga Mass Effect.

Video acah Dragon Age 4 nampaknya akan menyambung cerita daripada permainan Dragon Age: Inquisition sebelum ini, dimana watak sampingan Solas sebenarnya adalah dewa Fen’Harel, atau dikenali sebagai Dread Wolf yang berniat untuk memusnahkan dunia.

Mereka turut memperlihatkan video acah untuk Mass Effect baru yang kami jangka adalah sambungan kepada Mass Effect 3 dan bukan Mass Effect Andromeda.

Kelibat Mass Relay yang dimusnahkan (barangkali daripada penghujung Mass Effect 3) dapat dilihat dan serpihan perisai N7 diambil oleh salah satu watak Mass Effect, Liara T’soni.

Buat masa ini ia masih tidak diketahui lagi bilakah kedua-dua permainan ini akan hadir, tetapi pihak BioWare nampaknya telah mengesahkan bahawa ia sedang berada didalam fasa pembangunan.

Sohor Kini