Skip to main content

Deadpool sudah pun disahkan akan masuk ke dalam dunia MCU. Filem ini dikatakan akan kekal dengan tema ganas mereka dengan banyak penggunaan bahasa kasar, darah, pembunuhan yang ngeri dan dikatakan mungkin akan kekal sebagai satu-satunya filem ganas MCU.

Filem ini akan diarahkan oleh pengarah Free Guy dan The Adam Project, Shawn Levy serta penulis daripada filem Deadpool 1 dan 2 akan kekal iaitu Rhett Reese dan Paul Wernick.

Terkini, Rhett menyatakan Marvel dan Disney menyokong mereka dan banyak membantu untuk memastikan filem Deadpool 3 tidak akan menjadi ringan dan mesra untuk tontonan umum. Sebaliknya ia akan kekal menjadi filem dengan klasifikasi R-Rated iaitu untuk tontonan dewasa.

Malah, Marvel turut memberi penulis kebebasan seperti membantu mereka untuk menggunakan apa-apa elemen dan kandungan daripada dunia MCU. Jadi akan datang, kita akan lihat dunia MCU ganas pertama yang kejam, berdarah, ngeri serta banyak penggunaan kata-kata kesat seperti Deadpool yang kita semua kenal.

Leave a Reply