Sebelum ini kami sudah kongsi yang Tshirt Uniqlo berdasarkan siri anime dan manga popular Spy x Family akan tiba pada 27 Jun 2022, melalui pengumuman terbaru, ia telah diawalkan dan akan tiba pada 20 Jun, iaitu seminggu lebih awal.

Kolaborasi ini akan hadir dengan 4 rekaan berbeza yang setiap-nya akan ditawarkan dengan harga RM59.90. Anda boleh lihat rekaan-rekaan yang ditawarkan di bawah.

Apabila ia dilancarkan kelak, anda boleh dapatkan Tshirt ini di mana-mana cawangan Uniqlo dan juga secara dalam talian di laman rasmi mereka. Siri anime Spy x Family boleh ditonton di Netflix dengan episod baharu tiba setiap minggu.

Sohor Kini