Kemaskini – Koleksi Tshirt Uniqlo Spy x Family dilancarkan lebih awal lagi iaitu pada 20 Jun 2022 – Tshirt Uniqlo Spy x Family Tiba Lebih Awal, Kini Akan Tiba Pada 20 Jun.

Artikel asal – Jika anda mengikuti siaran anime terkini, anda pasti tahu tentang Spy X Family, siri anime komedi tentang keluarga Forger yang disiarkan melalui Netflix dan juga Muse Anime. Uniqlo, jenama pakaian terkemuka dari Jepun baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan kolaborasi kemeja-t bersama anime tersebut tidak lama lagi.

Uniqlo Malaysia turut mengesahkan ketibaan kolaborasi tersebut akan tiba di pasaran tempatan pada 27 Jun ini. Rekaan-rekaan kemeja-t tersebut akan memperlihatkan watak-watak utama anime tersebut, termasuklah Loid Forger, Yor Forger dan juga Anya Forger.

Uniqlo Malaysia dilihat akan membawa masuk keempat-empat rekaan yang diperlihatkan melalui pengumuman Uniqlo Japan sebelum ini, dan akan dijual pada harga RM59.99, harga biasa kemeja-t tersebut.

Ralat: Pelancaran kolaborasii kemeja-t ini akan tiba pada 27 Jun dan bukan 27 Mei seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Sohor Kini