Siri TV MCU Disney+ yang akan disiarkan pada Jun akan datang adalah Ms. Marvel. Ia mengisahkan Kamala Khan, gadis Pakistan berusia 16 tahun yang ber akat dalam melukis, hebat bermain permainan video dan amat meminati Avengers – lebih-lebih lagi Captain Marvel.

Beliau juga tidak begitu hebat bersosial sehinggalah suatu hari beliau menerima kuasa untuk menjadi adiwira. Berikut adalah treler pertama;

Dalam treler ini kita boleh lihat yang siri ini adalah satu teenage flick atau kisah yang fokus kepada remaja di sekolah. Seakan Shazam!, tapi bukan. Kamala kerap dibuli dan sehinggalah menemui sejenis gelang tangan dan memperolehi kuasa, hidup beliau berubah. Daripada kerap berangan, kini menjadi realiti. Turut kelihatan yang ada yang jahat cuba merampas apa yang diterima oleh Kamala.

Di dalam komik, Kamala mempunyai gen Inhuman dan apabila terdedah kepada Terrigen Mist beliau melalui satu proses perubahan Terrigenesis seperti dalam Agents of SHIELD. Namun siri ini dilihat sedikit berlainan, sama yang berlaku dalam WandaVision kitab Darkhold berbeza dengan siri lain.

Siri ini akan disiarkan pada 8 Jun secara eksklusif di Disney+ Hotstar. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini