Marvel kini telah menerbitkan video acah terbaru untuk siri kelapan mereka dibawah MCU, iaitu She-Hulk. Siri ini adalah sebahagian daripada fasa ke-4 MCU.

Seperti pada namanya, siri ini memfokuskan kepada watak wanita yang berubah menjadi gergasi berwarna hijau – sekaligus memberikan tenaga dan kuasa tambahan.

Siri She-Hulk ini juga dijangka akan turut disertai oleh pelakon Hulk sebelum ini. Secara keseluruhan, ia dijangka mempunyai sebanyak 9 episod untuk musim pertama ini.

Nama siri ini sepenuhnya adalah She-Hulk: Attorney at Law, dan bakal ditayangkan melalui Disney+ bermula 17 Ogos 2022 kelak.

Sohor Kini