eMFL Liga Super 2022 telah mula berlangsung sejak bulan April 2022 ini, dan sehingga kini, sebanyak 12 pusingan perlawanan telah diadakan.

Selepas tamat 12 pusingan, kini menduduki dua tangga teratas dalam liga adalah Melaka United FC, dan juga PJ City FC. Ditangga ketiga pula adalah Selangor FC, diikuti oleh Terengganu FC dan juga Johor Darul Ta’zim.

Buat masa ini, saingan liga akan berehat sementara dan bersambung pada 25 Mei 2022 kelak.

Acara eMFL ini menawarkan sejumlah wang terkumpul sebagai hadiah, disamping turut membolehkan pemenang berpeluang ke slot persaingan EA SPORTS FIFA21 Global Series East Asia Playoffs.

Sohor Kini