Kejohanan eMFL Liga Super 2022 akhirnya bermula yang akan melibatkan 18 pasukan mewakili kelab bola untuk setiap negeri. Mereka bertanding untuk merebut hadiah terkumpul RM50 ribu dan juga slot ke EA SPORTS FIFA21 Global Series East Asia Playoffs.
Pada hari pertama kejohanan, terdapat dua pusingan perlawanan iaitu eLS 1 dan eLS 2. Setiap perlawanan akan mempunyai dua pertempuran di antara dua pemain yang mewakili kelab tersebut. Setiap kemenangan akan memberikan tiga markah, dan seri 1 markah untuk skor akhir.
KL City FC, Johor Darul Ta’Zim, dan PJ City FC menjadi tiga pasukan yang memenangi kedua-dua perlawanan. KL City FC yang diwakili oleh Draco dan Ismirza serta JDT yang diwakili Akmaljhd dan Luqmanhzq memenangi kesemua perlawanan mereka.
Manakala pasukan Sri Pahang FC, Penang FC, Kuching City FC, Sabah FC, dan Kelantan FC kalah di kedua-dua perlawanan.
Berikut adalah Keputusan penuh;
eLS 1
eLS 2