Tahun lepas, Lionsgate ada berkongsi mengenai perancangan mereka untuk filem-filem dan siri TV akan datang. Antaranya adalah perkembangan francais John Wick. Filem keempat sudah pasti ada, ia tunda ke tahun 2023 dan Donnie Yen akan terlibat dengan filem ini. Mereka juga ingin hadir dengan beberapa filem sampingan dan siri TV yang berlaku dalam dunia sama John Wick.

Antara filem sampingan yang sedang dalam pembangunan adalah Ballerina. Kenapa tarian balet? Pertama, ia sudah bertahun dalam pembangunan. Kedua ia mula muncul dalam John Wick 3: Parabellum, di mana John Wick ingin bertemu dengan Elder, tetapi berjumpa dengan Director lakonan Anjelica Huston terlebih dahulu. Ketika ini kita boleh lihat ada penari balet sedang berlatih menarik dengan vibe seakan Red Room dalam filem Black Widow. Pelajar ini semua adalah potensi pembunuh upahan.

Filem ini disahkan akan menyertakan Ana de Armas sebagai pelakon utama. Beliau adalah pembunuh upahan yang ingin membalas dendam terhadap keluarga beliau yang dibunuh. Filem ini akan diarahkan oleh pengarah Underworld, Len Wiseman dengan skrip oleh Shay Hatten iaitu penulis skrip John Wick 3, dan turut akan tulis untuk filem John Wick 4 dan 5.

Ana de Armas tidak dinafikan amat berbakat dalam berlakon. Lihat sahaja prestasi beliau sebagai Paloma dalam James Bond: No Time To Die. Butiran lain mengenai filem ini masih belum didedahkan lagi. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini