Donnie Yen Bakal Beraksi Dalam John Wick 4

Siri filem John Wick yang dibintangi Keanu Reaves memperlihatkan bakat-bakat baru dan lama dalam genre filem aksi untuk tiga filem, dan dalam filem keempat, Lionsgate nampaknya akan menambahkan satu lagi nama veteran dalam senarai pelakon aksi yang sudahpun cukup panjang.

Terkini, Donnie Yen telah disahkan akan membintangi filem keempat John Wick, sebagai seorang lagi watak pembunuh upahan yang merupakan rakan kepada John Wick. Selepas penghujung filem ketiga, John Wick dilihat telah dikhianati High Table dan Winston, pemilik The Continental New York dan mahu membalas dendam atas perbuatan mereka.

Itu mungkin akan menjadi plot filem keempat John Wick, tetapi ia masih tidak diketahui bagaimanakah watak Donnie Yen akan dimuatkan dalam filem ini. Kehadiran bintang Ip Man dan Star Wars: Rogue One tersebut yang sudahpun cukup terkenal untuk memainkan watak utama dalam filem-filem aksi kung-fu pastinya akan ditunggu-tunggu oleh orang ramai.

Penggambaran filem tersebut dijangka akan bermula tidak lama lagi, dan akan dilakukan di negara-negara seperti Perancis, Jerman dan Jepun. Tarikh pelancaran filem tersebut masih tidak diketahui lagi buat masa ini.

Sohor Kini