Jika kita tidak dilanda dengan pandemik Covid-19, Warner Bros. telah merancang untuk menayangkan filem The Matrix: Resurrections dan John Wick 4 selang satu hari – menjadikannya Hari Keanu Reeves.

Tetapi dengan strategi baharu, tayangan di pawagam serentak dengan HBO Max (hanya di Amerika Syarikat) – filem The Matrix 4 tenggelam dengan kehangatan Spider-Man: No Way Home. Untuk memberi peluang jumlah tontonan yang tinggi di HBO Max dan pawagam di seluruh dunia – filem John Wick 4 kini disahkan tunda ke tahun 2023.
John Wick 4 yang dirakam serentak dengan John Wick 5 dan Donnie Yen turut akan beraksi dalam filem ini hanya akan ditayangkan pada 24 Mac 2023.
Informasi lanjut mengenai filem ini masih belum didedahkan lagi. Dalam John Wick: Chapter 3 – Parabellum, John Wick yang cedera parah di bawa bertemu dengan Bowery King dan berjanji untuk bersama-sama menentang High Table.


