5000mAh Untuk Bateri Samsung Galaxy S22 Ultra Cukup Ke?

Samsung adalah antara pengeluar telefon pintar yang masih menggunakan pengecasan pantas asas atau yang tidak seberapa laju. Mereka membuang pengecas daripada kotak untuk setiap belian yang membuatkan aku rasa sedikit menjengkelkan kerana peranti seperti Samsung Galaxy S22 Ultra menggunakan sistem Power Delivery Programmable Power Supply (PD PPS) yang sedikit sukar untuk dicari.

Untuk Samsung ini, selepas aku gunakan untuk beberapa minggu aku boleh simpulkan yang – ia bagus jika anda rajin dan disiplin. Tetapi jika lakukan apa yang aku lakukan mungkin ketahanan bateri yang berkapasiti 5000mAh anda akan dapat adalah sendu.

Mari aku jelaskan;

Apa yang aku sampaikan ini adalah berdasarkan corak penggunaan aku dan nasihat daripada editor lain. Cara aku gunakan peranti ini menghidupkan semua data dan WiFi, NFC untuk Samsung Pay, Bluetooth untuk sambungan pantas kepada pelbagai aksesori seperti jam Wear OS dan aku jarang matikan setiap satu tetapan. Banyak aplikasi pada peranti juga aku kuncikan pada recent apps agar ia lebih pantas dibuka dan mempunyai pengalaman penggunaan yang lebih memuaskan. Aku juga banyak menstrim kandungan dan aktif di media sosial.

Dalam penggunaan resolusi penuh WQHD+, kadar segar semula 120Hz, bersama penggunaan aku tadi – bateri boleh bertahan sehingga 2-3 jam SOT dengan mod cerah. Jika mod gelap diaktifkan hampir 4 jam. Manakala dengan penggunaan yang sama, tetapi resolusi skrin adalah FHD+ peranti aku bertahan sehingga 4-5 jam SOT. Jika ada permua dimainkan, banyak kamera digunakan dan lebih banyak aplikasi dijalankan, jika satu hari penggunaan sekitar 11-13 jam – SOT yang aku terima paling kerap adalah dalam lingkungan 4 jam.

Editor aku dapat capai sekitar 8-9 jam SOT. Ini boleh jika anda tidak kuncikan aplikasi di latar, notifikasi masuk kurang, skrin sentiasa FHD+ dan kerap menggunakan WiFi dan yang lain perlu rajin hidup bila perlu, mati bila tidak digunakan. Ketahanan inilah yang masuk akal untuk peranti bersaiz besar dengan bateri 5000mAh ini. Untuk pengecasan, aku menggunakan GaN Nubia yang dibeli dari China. Ia mempunyai kuasa 65W dan boleh mengecas peranti aku pada mod Super fast charging iaitu 45W tanpa sebarang masalah. Ia mengambil sekitar 1 jam 50 minit untuk penuh dan peranti akan sedikit panas. Jika guna PD biasa, ia mengecas pada kadar Fast charging sedikit lebih perlahan akan mengambil masa hampir 2 jam.

Ada beberapa kaedah lain anda boleh lakukan untuk menjimatkan bateri, seperti menggunakan mod penjimatan kuasa. Ia ada tetapan untuk hidup secara automatik dan ia juga boleh ditetapkan mengikut kesesuaian pengguna. Anda juga boleh memastikan kuasa pemprosesan digunakan pada kadar biasa, hidupkan mod bateri adaptif, atau hidupkan sahaja perlindungan bateri yang mengecas peranti sehingga 85%.

Bonus: Samsung Galaxy S22 Ultra turut mempunyai pengecasan nirwayar berbalik. Ini bermakna anda boleh cas telefon pintar lain seperti iPhone, jam Gaalxy Watch atau banyak lagi TWS pada belakang telefon.

Baca: Skrin Samsung Galaxy S22 Ultra Masih Antara Yang Terbaik Dalam Industri

Sohor Kini