Batgirl adalah filem DC baharu yang dirancangkan untuk disiarkan di HBO Max secara eksklusif. Dalam filem ini Leslie Grace berlakon sebagai Barbara Gordon/Batgirl. J. K. Simmons juga kembali sebagai James Gordon, iaitu bapa kepada Barbara.

Brendan Fraser juga akan terlibat sebagai Firefly dalam filem ini. Paling menarik adalah, Michael Keaton yang kembali sebagai Bruce Wayne/Batman.

Butiran jelas filem ini masih dirahsiakan dan ia berlaku dalam dunia mana juga masih tidak pasti. Boleh jadi ia adalah dunia alternatif DCEU dengan James Gordon yang sama dengan DCEU SnyderVerse. Apa-apa pun, dengan David Zaslav menjadi CEO baharu Warner Bros. Discovery, mereka sedang mempertimbangkan untuk menjadikan filem Batgirl sebagai filem di pawagam berbanding filem di platform penstriman.

Sama-sama kita nantikan butiran lebih lanjut akan datang. Adakah anda suka Leslie Grace sebagai Batgirl dan kembalinya J.K. Simmons bersama dengan Michaek Keaton?

Sohor Kini