Ketika Cinemacon yang sedang berlangsung di Las Vegas sekarang, Sony telah mengumumkan filem berdasarkan watak El Muerto akan diterbitkan, di mana ia menerima Bad Bunny sebagai pelakon.
Selain itu, Sony juga telah mengumumkan yang filem kelima untuk Ghostbusters dan juga filem ketiga untuk Venom akan diterbitkan tetapi tidak menerima sebarang informasi lanjut.
Filem terakhir Ghostbusters iaitu Ghostbuster: Afterlife dikeluarkan pada tahun 2021, ia mengikuti cucu kepada Dr. Egon Spengler, anda boleh baca ulasan kami di pautan ini; Ulasan Ghostbuter: Afterlife – Memberi Peminat Satu Kepuasan Dan Merindui Yang Asal.
Venom 2 juga dikeluarkan pada tahun 2021 dan anda boleh baca ulasan kami; Ulasan Venom: Let There Be Carnage – Acah-Acah Hebat, Tapi Biasa Je.