Bermula pada dua tahun lepas, 2020 – treler 001/004 Stranger Things 4 dikongsi. Ia memfokuskan kepada lokasi Jim Hopper di Rusia. Treler 002/004 membawa penonton ke masa silam Eleven bersama Dr. Martin Brenner. Kemudian treler 003/004 mendedahkan sebuah rumah misteri yang mungkin berlakunya misteri kematian keluarga Creel. Akhir sekali treler 004/004 memperlihatkan selepas tamat percutian pasukan hero remaja ini, pengembaraan penuh aksi dan banyak elemen seram bermula.

Treler baharu yang baru sahaja dikongsi sebentar tadi adalah treler penuh pertama. Ia memperlihatkan Eleven kembali botak dan kuasa hebat beliau kembali di bawah kawalan beliau. Bukan itu sahaja, semakin ramai diganggu, aksi dahsyat berlaku, Jim di Rusia turut terpaksa bertempur dengan Demogorgon kembali.

Apa yang pasti, kejadian lepas di Hawkins masih belum tamat dan kali ini mereka seakan terpaksa bertempur dengan sejenis raksasa atau makhluk asing yang mungkin adalah bos kepada segala Demogorgon. Ia lebih seram, ngeri dan ada rasa seriau.

Apa sebenarnya berlaku masih menjadi misteri lagi. Tetapi Mike, Eleven, Will, Dustin, Lucas, Max, Jim dan ramai lagi akan kembali menjadi hero. Musim ke-4 ini akan dibahagikan kepada dua, pertama pada 27 Mei dan seterusnya pada 1 Julai 2022.

Stranger Things juga hanya akan tamat pada musim ke-5 dengan potensi untuk ada siri sampingan. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini