Netflix hari ini berkongsi video acah baharu untuk antara siri utama mereka iaitu Stranger Things yang akan memasuki musim ke-4. Berdasarkan video ringkas tersebut, beberapa persoalan penonton daripada musim ke-3 akan terjawab.

Seperti yang anda boleh teka, ia sudah semestinya akan mempunyai beberan untuk musim ke-3, jika anda belum menontonnya, kami nasihatkan untuk anda lakukannya terlebih dahulu.

Di dalam video tersebut, ia memfokuskan kepada kem pekerja buruh di Russia, dan antara salah satu watak yang diperlihatkan adalah Jim Hopper di mana pada pengakhiran musim ke-3 diperlihatkan yang dia terkorban.

Selain itu, ia juga memperacahkan yang ada orang dari Amerika Syarikat berada di dalam tahanan tentera Russia dan penonton menjangkakan watak tersebut adalah Jim Hopper dan tampaknya ia adalah tepat sekali.

Dukacitanya, buat masa ini, Netflix masih tidak berkongsi tarikh ia musim ke-4 ini akan tiba, tetapi kami menjangkakan pada akhir tahun ini.

Sohor Kini