Sekali lagi treler misteri daripada Stranger Things untuk musim keempat dipertontonkan. Dengan tiada sebarang informasi pada video mereka dan hanya “003/004”.

Petanda yang kita akan lihat satu lagi treler yang mungkin akan dedahkan plot kepada musim baharu ini.

Treler ini dilihat memberi petanda yang dunia Upside Down mungkin masih ada. Lokasi misteri ini memperlihatkan sebuah rumah yang berlakunya satu misteri kematian keluarga Creel (mungkin?) pada zaman silam. Dustin, Max, Lucas dan Steve sedang menyiasat rumah tersebut. Mungkin mencari di manakah Hopper atau cara untuk pergi ke beliau?

Tema seakan sebuah siri seram di rumah agam. Adakah musim keempat ini menjadi siri seram seriau?

001/004 mendedahkan Hopper di Rusia, 002/004 pula makmal Brenner dengan Eleven dan 003/004 rumah agam seram? Apa pula yang akan didedahkan pada 004/004?

Stranger Things musim empat hanya akan tiba pada tahun hadapan.

Ini Adalah Treler Dan Pengumuman Lebih 50 Kandungan Baharu Di Acara TUDUM: A Netflix Global Fan Event

Sohor Kini