Disamping memilih Kuala Lumpur, Malaysia sebagai lokasi untuk kejohanan MSC 2022, kini MLBB turut telah membuka kedai atas-talian rasmi di Lazada.
Melaluinya, kini para peminat Mobile Legends boleh mendapatkan pelbagai barangan cenderahati bertemakan Mobile Legends, termasuk baju-T, pad tetikus, dan juga pin misteri.
Menariknya, bersempena pengenalan ini juga, MLBB menawarkan diskaun sebanyak 20% untuk pembelian barangan di Lazada. Bagi anda yang berminat, boleh menyemak kedai rasmi MLBB di Lazada hari ini.