Mobile Legends : Bang Bang Southeast Asia Cup 2022 (MSC 2022) kini akhirnya disahkan akan diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia – buat julung kalinya.

Dengan pengumuman ini, kita akan menyaksikan persaingan Mobile Legends di rantau ini diadakan di Kuala Lumpur pada tahun ini.

Acara MSC 2022 ini akan diadakan bermula 11 Jun hingga 19 jun 2022 kelak, dengan menawarkan hadiah berjumlah $300,000.

Seramai 12 kumpulan daripada 9 negara di rantau Asia Tenggara akan bersaing antara satu sama lain melalui dua peringkat, iaitu peringkat berkumpulan antara 11 ke 12 Jun, dan peringkat Playoffs pada 14 sehingga 19 Jun 2022.

Sama-sama kita nantikan lanjut berkaitan MSC 2022 ini, dan melihat siapakah juara Mobile Legends rantau Asia Tenggara!

Sohor Kini