Vampire: The Masquerade Swansong akan dikeluarkan pada 19 Mei 2022, selepas tertunda sebelum ini. Terkini Nacon telah mula membuka sesi pra tempah untuk permainan tersebut yang mungkin menandakan ia tidak lagi akan tertunda.

Ia boleh di pra tempah di PS Store dengan harga RM249 atau RM299 untuk Edisi Primogen, $59.99 dan $69.99 di Xbox Store, dan RM93.99 atau RM92.69 di Epic Games Store. Di Epic Games Store, edisi Primogen ditawarkan dengan potongan harga menjadikan ia lebih murah berbanding versi biasa.

Setiap pra tempahan akan disertakan bersama pek kostum dan juga permainan Vampire: The Masquerade Coteries of New York. Manakala versi fizikal akan mendapat vinil yang akan menyertakan muzik runut untuk permainan ini.

Versi Nintendo Switch turut diumumkan akan tetapi ia tidak mempunyai tarikh pelancaran dan dijangka tiba sekitar tahun ini. Ia dibangunkan oleh Big Bad Wolf Studio.

Sohor Kini