Epic Games yang popular dengan penawaran sejumlah permainan popular, termasuk Fortnite, selain enjin pembangunan permainan, kini mengumumkan mereka akan mengambil-alih SuperAwesome.
Untuk makluman, SuperAwesome memfokuskan kepada pembangunan teknologi untuk keselamatan kanak-kanak secara atas-talian.
Melaluinya, mereka menyertakan sejumlah kit yang memudahkan pembangun mengintegrasikan sokongan keselamatan kanak-kanak pada penawaran masing-masing – termasuk dari segi pengiklanan dan sebagainya. Sejumlah syarikat besar menggunakannya, termasuk Disney, Hasbro, Lego dan juga Nike.
Buat masa ini, harga pengambil-alihan untuk SuperAwesome tidak diumumkan oleh Epic Games.