SNK Corporation dan Koch Media sebelum ini telah mengumumkan yang The King of Figthers XV Akan Menerima 12 Watak DLC Tahun Ini, tiga watak pertama yang akan tiba adalah Team Garou yang terdiri daripada Rokc Howard, B. Jenet dan Gato.

Anda boleh tonton video pengumuman mengenai watak-watak DLC ini di bawah.

Team Garou ini boleh didapatkan dengan dengan harga RM59 ataupun melalui Team Pass 1 yang disertakan di dalam edisi Deluxe Edition bagi The King of Fighters XV. Buat masa ini tidak disahkan lagi jika setiap watak ataupun Team Pass 1 boleh dibeli secara berasingan.

Team Pass 1 akan turut menyertakan Team South Town yang terdiri daripada Howard, Billy Kane dan Ryuji Yamazaki. Ia dijangka akan tiba pada bulan Mei kelak.

The King of Fighters XV sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series dan PC. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan berikut; Ulasan The King of Fighters XV – Mudah Untuk Belajar, Sukar Untuk Mahir.

Sohor Kini