SNK Corporation dan Koch Media minggu ini telah mengumumkan yang selepas The King of Fighters XV dilancarkan tidak lama lagi, ia akan menerima 12 lagi watak DLC sepanjang tahun ini. Tiga watak akan dibahagikan kepada empat kumpulan dengan tarikh pelancaran tersendiri.

Kumpulan pertama iaitu ‘Team Garou’ akan menyertakan Rock Howard, B. Jenet dan Gato daripada siri Garou: Mark of the Wolves, ia akan tiba pada bulan Mac 2022. Manakala kumpulan seterusnya ‘ Team South Town’ akan menyertakan Howard, Billy Kane dan Ryuji Yamazaki dari siri Fatal Fury dan akan tiba pada bulan Mei 2022.

Manakala pasukan seterusnya iaitu Team 3 akan tiba pada suku ketiga tahun ini, dan Team 4 pada suku keempat.

Buat masa ini harga untuk setiap watak tidak diumumkan lagi, akan tetapi Team 1 dan Team 2 disertakan bersama dengan edisi Deluxe untuk permainan ini yang ditawarkan dengan harga bermula RM320.

The King of Fighter XV akan dilancarkan pada 17 Februari 2022 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini