Ketika acara Apple yang berlangsung pada awal pagi hari ini, Apple antaranya telah mengumumkan iPhone SE dan juga iPad Air baharu. Semasa memperlihatkan peranti tersebut, Apple juga telah mengacah satu permainan lumba kereta iaitu Gear.Club Stradale yang akan dikeluarkan untuk Apple Arcade tidak lama lagi.

Gear.Club Stradale merupakan permainan yang dibangunkan oleh Eden Games yang berpengalaman membangunkan permainan-permainan lumba kereta seperti V-Rally dan Test Drive Unlimited. Di dalam permainan ini, pemain boleh membentuk kelab bersama dengan lima rakan dan berlumba bersama untuk mempertingkatkan lagi status kelab.

Pemain boleh menyertai pelbagai lumba, untuk mendapatkan ganjaran yang boleh digunakan untuk menghias kereta dan juga membeli kereta baharu yang dihasilkan berdasarkan jenama-jenama popular seperti Bugatti, Porsche dan McLaren.

Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM19.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan harga RM19.90 untuk pelan individu dan RM33.90 untuk pelan keluarga.

Anda juga boleh baca 10 permainan menarik untuk anda cuba jika memiliki langganan Apple Arcade ataupun bercadang untuk mendapatkannya: 10 Permainan Baharu Di Apple Arcade Yang Menarik.

Sohor Kini