Square Enix kali pertama mengumumkan permua baharu kepada Hitman Sniper pada Jun 2021 semasa acara E3. Kini selepas hampir setahun berlalu, mereka mula membuka pendaftaran untuk kepada semua yang berminat dengan permua ini.

Berikut adalah treler baharu permua ini;

Seperti yang diumumkan sebelum ini, permua ini akan hadir untuk kedua-dua platform Android dan iOS. Dari keseluruhan grafik dan bentuk permainan, ia kelihatan lebih kurang sama dengan permua asal. Disebabkan Agent 47 telah hilang, enam watak baharu akan ditawarkan untuk dimainkan dengan jalan cerita baharu.

Dalam Hitman Sniper: The Shadows ini, pemain perlu menembak hendap mangsa mengikut misi yang diberikan daripada jarak jauh. Cuma kali ini dilihat ia menyokong mod PvP dan pemain boleh berlawan skor siapa yang paling hebat dalam menembak hendap.

Permua ini adalah percuma untuk dimainkan dengan pembelian dari-dalam-aplikasi. Permua ini akan dilancarkan secara rasmi pada 3 Mac 2022 akan datang. Daftar minat di Play Store di sini, untuk iOS buat masa ini penyenaraian masih terhad di beberapa negara. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini