Square Enix telah hadir dengan persidangan mereka tersendiri untuk berkongsi lanjut mengenai permainan-permainan mereka iaitu Square Enix Presents. Ia pertama kali dianjurkan bulan Mac lepas untuk suku pertama. Manakala untuk suku kedua, ia dianjurkan pada 14 Jun lepas yang juga bersempena dengan E3.

Mereka mempunyai beberapa kejutan dan juga beberapa pengumuman yang sudah dikongsi sebelum ini, secara keseluruhannya persidangan Square Enix sedikit mengecewakan dan mereka bagaikan masih mencari identiti, untuk studio yang sudah tiba hampir 50 tahun, ia sedikit aneh. Namun, berikut adalah segala pengumuman yang dilakukan;

Marvel’s Guardian of the Galaxy

Eidos-Montreal | PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series, PC, Switch (Cloud) | 26 Oktober 2021

Boleh dikatakan separuh daripada persidangan Square Enix Presents ini adalah dikhususkan untuk permainan seterusnya berdasarkan Marvel oleh Square Enix iaitu Marvel’s Guardian of the Galayx. Ia adalah permainan aksi pengembaraan solo, tetapi pemain dapat mengawal watak-watak lain secara ringkas.

Bacaan Lanjut: Guardians of the Galaxy Tiba Pada 26 Oktober Untuk PlayStation, Xbox Dan PC

Final Fantasy Pixel Remaster

Square Enix | PC, iOS, Android

Final Fantasy Pixel Remaster adalah permainan versi penambah-baikkan untuk permainan-permainan klasik bagi Final Fantasy iaitu ia melibatkan permainan Final Fantasy yang pertama sehingga yang keenam. Ia akan ditawarkan secara berasingan dan buat masa ini hanya terhad untuk PC melalui Steam dan juga peranti iOS serta Android.

Legend of Mana

Square Enix | PS4, Switch, PC | 24 Jun 2021

Satu lagi permainan yang ditambah-baik, Legend of Mana pada asalnya dikeluarkan pada tahun 2000 untuk konsol PlayStation. Seperti mana permainan Remastered yang lain, Legend of Mana yang baharu ini akan membawa kualiti grafik yang resolusi lebih tinggi dan lebih berkualiti.

Marvel’s Avengers

Crystal Dynamics | PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series, PC

Selain mengumumkan permainan baharu, Square Enix juga telah berkongsi penambahan kandungan untuk permainan tersedia mereka. Kali ini, ia adalah Marvel’s Avengers di mana permainan tersebut akan menerima acara masa terhad Cosmic Cube dan juga jenis misi baharu iaitu Patrol. Mereka juga berkongsi treler untuk penambahan Black Panther yang akan tiba Ogos ini.

Permainan Mudah Alih

Square Enix | iOS, Android

Square Enix juga telah mengambil kesempatan untuk berkongsi lanjut mengenai beberapa permainan mudah alih mereka, termasuk juga satu permainan baharu iaitu Hitman Sniper: The Shadows akan tiba sekitar tahun ini. Selain itu, mereka juga memperlihatkan Nier: Reincarnation, War of the Visions x Final Fantasy Brave Exvius, dan Final Fantasy VII The First Soldier.

Babylon’s Fall

Platinum Games | PS4, PS5, PC

Pada awalnya diumumkan untuk dikeluarkan pada tahun 2019, Babylon’s Fall telah dibangunkan dengan tidak banyak informasi lanjut dikongsi-kan. Selain berkongsi treler baharu, mereka juga mengumumkan sesi beta tertutup akan bermula pada akhir Julai ini. Pendaftaran boleh dilakukan melalui pautan ini.

Life is Strange: Remastered Collection

Deck Nine | PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series, Switch, PC | 30 September 2021

Life is Strange adalah satu judul permainan yang tidak perlu diperkenalkan, sebagai dorongan untuk menggalakkan pemain untuk sekali lagi permainan siri asal versi Remastered dihasilkan di mana ia akan menyertakan Life is Strange, Life is Strange dan Life is Strange: Before the Storm dengan kualiti grafik yang lebih baik.

Life is Strange: True Colors

Deck Nine | PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series, Switch, PC | 10 September 2021

Life is Strange: True Colors adalah permainan seterusnya untuk siri ini, dan melalui perkongsian terbaru ini mereka berkongsi lanjut mengenai kuasa yang ada pada watak utama Alex Chen iaitu Empati. Melalui kuasa ini, pemain berupaya untuk mengetahu emosi orang lain, termasuk juga mengubahnya.

Stranger of Paradise: Final Fantasy Origin

Team Ninja | PS4, PS5, PC | 2022

Untuk permainan ini, Square Enix telah berkerjasama dengan Team Ninja untuk hadir dengan permainan aksi pengembaraan yang mempunyai elemen ‘Souls’. Ia mengambil penceritaan daripada permainan pertama Final Fantasy oleh kerana itu dikenali sebagai Final Fantasy Origin, tetapi tidak berada di dalam dunia yang sama dengan mana-mana permainan Final Fantasy. Demo untuknya boleh dicuba di PS5.

Sohor Kini