Klip Baharu Moon Knight Memperlihatkan Aksi Hebat

Moon Knight adalah anti-hero Marvel dengan kuasa daripada dewa bulan Khonshu, Mesir. Untuk menjayakan misi beliau, Moon Knight atau nama sebenar Marc pecahkan identiti kepada beberapa yang lain seperti Steven Grant, Jake Lockle dan ramai lagi. Tetapi atas kuasa yang begitu dahsyat, beliau hilang kawalan dan menghidap masalah kecelaruan identiti.

Siri TV ini dilihat memberi vibe suspen, gerun, aksi menarik dan pelbagai lagi. Sempena Super Bowl 2022, selain treler Dr. Strange in the Multiverse of Madness kedua dipertontonkan – treler baharu Moon Knight turut dikongsi;

Dalam klip yang pendek ini, kita boleh lihat Marc sedang bersungguh melawan diri beliau dan juga masih keliru apa yang sebenarnya terjadi kepada beliau. Sambil itu, kita juga dapat lihat Moon Knight beraksi dengan lebih hebat dan ganas. Beberapa skil beliau turut didedahkan cuba melawan konco-konco Ethan Hawke yang merupakan ketua satu kumpulan kultus.

Siri TV ini akan disiarkan di Disney+ Hotstar pada 30 Mac akan datang.

Sohor Kini