Oscar Isaac adalah seorang pelakon yang berbakat. Dengan Disney sahaja sudah ada banyak projek beliau terlibat dan dengan Moon Knight ia menjadi Marvel ketiga beliau selepas Apocalypse dalam X-Men, Spider-Man 2099 dalam Into The Spider-Verse dan terkini Moon Knight.

Selepas beberapa kali di acah, treler penuh akhirnya dipertontonkan.

Moon Knight adalah anti-hero Marvel dengan kuasa daripada dewa bulan Khonshu, Mesir. Dewa inilah yang membantu Marc menjadi Moon Knight. Marc Spector adalah seorang veteran askar dan pembunuh upahan, selepas menerima kuasa beliau bercadang untuk menjadi hero (vigilante).

Demi menjayakan misi beliau, Marc pecahkan identiti kepada beberapa yang lain seperti Steven Grant kurator muzium, Jake Lockle pemandu teksi dan Moon Knight. Tetapi atas kuasa yang begitu kuat, beliau hilang kawalan dan menghidap masalah kecelaruan identiti.

Musuh utama dilihat adalah Ethan Hawke yang merupakan ketua satu kumpulan kultus yang mungkin berkait dengan Moon Knight. Treler dilihat memberi vibe suspen, gerun, aksi menarik dan pelbagai lagi.

Siri ini akan disiarkan pada 30 Mac di Disney+ Hotstar.

Sohor Kini