Wizards of the Coast telah mengumumkan yang penambahan seterusnya untuk permainan kad Magic: The Gathering iaitu Kamigawa: Neon Dynasty akan dilancarkan pada 18 Februari ini. Kami juga sebelum ini telah berkongsi satu kad eksklusif di dalam set penambahan ini; Guardians of Oboro.

Melalui Neon Dynasty, pemain akan kembali ke lokasi Kamigawan di mana mengikut penceritaan, ia berlaku 1200 tahun selepas penceritaan asal di Kamigawa. Ia megikut watak Kaito Shizuki yang merupakan ‘cyber ninja’, sedang mencari Emperor Kamigawa yang menghilangkan diri.

Di dalam penambahan ini, Wizards memperkenalkan mekanik baharu dan juga mekanik-mekanik lama yang dibawa semula. Antaranya adalah Reconfigure iaitu membolehkan satu kad watak dilengkapkan kepada watak lain yang akan memberi apa sahaja kelebihan dari kad tersebut.

Seterusnya mereka juga mengumumkan kembalinya beberapa mekanik lama seperti kad dua muka melalui kad jenis ‘Saga’, seterusnya adalah Channel yang membolehkan pemain untuk membuang kad bagi mengaktifkan kelebihan tertentu dan Ninjutsu yang boleh terus melakukan serangan apabila diturunkan tetapi perlu menggantikan kad yang tidak dihalang.

Bagi menghasilkan karya untuk kad-kad di dalam penambahan ini, Wizards telah memilih tema tamadun Jepun yang dimodenkan. Mereka telah mendapat khidmat artis-artis terkenal Jepun seperti Hara Tetsuo (Fist of the North Star) dan Yoji Shinkawa (Metal Gear Solid).

Kamigawa: Neon Dynasty akan ditawarkan melalui Draft Boosters, Theme Boosters, Collector Boosters, Set Boosters, berkas Neon Dynasty dan dua dek Commander. Anda boleh baca lanjut mengenai penambahan ini di pautan ini.

Sohor Kini