Skip to main content

Wizards of the Coast telah mengumumkan yang penambahan seterusnya untuk permainan Magic: The Gathering adalah Kamigawa: Neon Dynasty yang akan dilancarkan secara rasmi pada 18 Februari 2022. Beralih dari Innistrad, penambahan ini akan membawa pemain ke Kamigawa dan merupakan penambahan keempat di lokasi ini.

Penambahan ini akan menyertakan lebih 302 kad baharu dan Wizards of the Coast telah memberi peluang kepada kami untuk memperlihatkan satu kad yang akan tiba di dalam penambahan ini iaitu Guardians of Oboro iaitu kad di bawah warna biru.

Anda boleh lihat kad tersebut di bawah, karya untuk kad ini dihasilkan oleh Anna Steinbauer dan Domco.

Guardians of Oboro merupakan Creature yang mempunyai keywords ‘Defender’ dengan kata lain ia adalah kad yang tidak boleh melakukan serangan, kad sebegini biasanya mempunyai ketahanan yang tinggi akan tetapi Guardians of Oboro kelihatan seperti kad biasa sahaja.

Namun, kelebihan yang dibawa olehnya adalah ia boleh menjadikan kad ataupun Creatures (yang telah diubah – seperti ditambah kuasa) lain yang mempunyai keyword ‘Defender’ boleh melakukan serangan seperti ia tidak mempunyai keyword tersebut. Ini dengan kata lain memberi satu kombinasi untuk menghasilkan dek dengan kad-kad yang mempunyai Defender yang seperti saya katakan sebelum ini mempunyai ketahanan yang tinggi menyerang.

Kamigawa: Neon Dynasty akan dilancarkan secara rasmi pada 10 Februari di Magic: The Gathering Arena, manakala versi fizikal pada 18 Februari ini dan anda boleh lihat kad-kad yang telah diumumkan di pautan ini.

Magic: The Gathering Arena iaitu versi digital untuk permainan kad popular ini sudah dikeluarkan untuk PC, iOS dan Android.

Leave a Reply