Durioo+ adalah platform penstriman baharu daripada pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana, iaitu Sinan Ismail. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, platform penstriman yang ditujukan kepada kanak-kanak dan memfokuskan kandungan dengan nilai islamik akan tiba pada bulan Februari ini.

Terkini, Durioo+ dilihat akan mula beroperasi pada 18 Februari akan datang. Bebrapa kandungan telah pun disenaraikan seperti Mina Mila, Little Ammar, Abibi, Zehni, Polytako, Lagu Bubu Lala dan Qisa. Untuk permainan kali ini turut kelihatan yang mungkin merupakan satu permainan interaktif Move It Move It, permainan berwarna Red, Yellow, Blue, rancangan TV The Challengers serta Surprise!.

Harga langganan yang ditawarkan adalah RM12.99 sebulan ketika pelancaran kelak. Namun, untuk permulaan ia ditawarkan anda boleh dapatkan harga diskaun melalui laman biayasama LaunchGood pada harga serendah RM10.80 sebulan.

Pembangunan di sebalik kandungan-kandungan dalam platform ini juga banyak yang belum didedahkan. Tetapi di laman web rasmi Durioo+, Mufti Menk dilihat turut terlibat dengan salah satu projek platform ini. Kelak mereka turut akan hadir dengan versi aplikasi untuk Android, iOS dan televisyen pintar.

Dapatkan berkas langganan atau sumbang kepada Durioo+ di sini: LaunchGood

Sohor Kini