Pengasas Digital Durian, iaitu studio di sebalik Didi & Friends telah berpisah dan bergerak mengikut haluan masing-masing. Sinan dan Digital Durian kekal dan akan fokus kepada kandungan islamik Durioo+, manakala Hairulfaizalizwan pula dengan Warnakala Studio dan telah menerima hak Didi & Friends.
Durioo+ adalah seakan Disney+ dan Netflix tetapi untuk kanak-kanak islam. Durioo+ akan ditawarkan bermula Februari ini. Dalam platform ini kandungan semua adalah kandungan islamik daripada rancangan TV, bersiri, animasi dan banyak lagi. Tidak lupa juga yang Durioo+ turut akan menawarkan permainan video berkualiti tinggi yang mesra untuk kanak-kanak.
Platform ini dikatakan akan mula beroperasi Februari akan datang. Bebrapa kandungan telah pun disenaraikan seperti Mina Mila, Little Ammar, Abibi, Zehni, Polytako, Lagu Bubu Lala dan Qisa. Tiada permainan lagi yang disenaraikan buat masa ini.
Harga langganan dan info lanjut mengenai penawaran ini juga belum didedahkan lagi. Apa-apa pun, laman web Durioo+ telah pun aktif dan anda boleh mula daftar minat. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai platform ini.