Filem sekuel Scream yang ditayangkan baru-baru ini menerima sambutan yang cukup baik. Ia bukan sahaja membawa kembali watak legasi yang dilakonkan oleh pelakon sama daripada filem lama, tetapi turut mempunyai penceritaan yang baik dan menyeronokkan. Tidak lupa juga ganas dan ngeri.

Baca: Ulasan Scream – Inilah Contoh Sekuel Yang Baik

Atas kejayaan ini, Paramount Pictures dan Spyglass Media mengesahkan yang mereka sedang membangunkan sekuel kepada filem ini.

Matt Bettinelli-Olpin dan Tyler Gillett akan kembali sebagai pengarah, manakala James Vanderbilt (penulis “Murder Mystery,” “Zodiac”) dan Guy Busick (penulis “Ready or Not,” “Castle Rock”) akan menulis skrip. Filem ini dikatakan akan memulakan penggambaran pada musim panas tahun 2022.

Butiran lanjut mengenai filem ini masih belum didedahkan. Siapakah pelakon utama kali ini, apa pula kisahnya, adakah ada lagi watak legasi kembali? Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini