ESL dan DreamHack merupakan nama yang tidak asing lagi dalam arena esukan, dimana kedua-duanya sering menganjurkan sejumlah kejohanan esukan di seluruh dunia. Hari ini, mereka membuat kejutan dan mengumumkan akan bergabung dibawah satu entiti baru yang dinamakan ESL Gaming.

Dengan beroperasi dibawah satu organisasi, ia akan memudahkan lagi mereka kini untuk hadir dengan inovasi dari segi acara, platform, format permainan dan sebagainya.

Seperti biasa, kedua-dua jenama ini sebelum ini memfokuskan untuk menyatuhkan komuniti esukan, dan ia akan diteruskan dibawah gabungan baru ini.

Sohor Kini