Playdate adalah satu konsol mudah alih unik oleh Panic Inc, dengan pelbagai masalah yang dihadapi akibat pandemik Covid-19, pelancaran untuknya telah beberapa kali tertunda namun mereka mengatakan ia akan mula dihantar ke tangan pemain awal tahun ini.

Di satu perkembangan terbaru yang lain, mereka telah mengumumkan Pulp iaitu satu alat yang boleh digunakan untuk membangunkan permainan bagi Playdate, ia akan mempunyai alat untuk melukis, animasi, mencipta peringkat, muzik dan juga kesan bunyi.

Menariknya, Pulp boleh diakses secara percuma melalui pelayar sahaja tanpa perlu melakukan sebarang muat turun aplikasi berasingan. Anda boleh membangunkan permainan, mencubanya dan juga berkongsi dengan rakan untuk bekerjasama.

Jika anda berminat untuk mencuba membangunkan permainan, anda boleh layari laman Pulp yang dilancarkan secara beta.

Sohor Kini