Panic Inc sebelum ini telah mengumumkan yang mereka hanya dapat mengeluarkan konsol PlayDate tahun ini dengan jumlah yang sangat terhad akibat terkesan dengan PKP yang dilaksanakan di Malaysia sebelum ini.
Namun, melalui pengumuman terbaru mereka mengatakan yang mereka tidak lagi dapat mengeluarkannya pada tahun ini.
Menurut Panic Inc ini adalah berpunca daripada masalah bateri yang kritikal dan memerlukan penukaran bateri. Mereka mengatakan telah menerima 5 ribu unit PlayDate untuk diuji. Mereka dapati yang sesetengah konsol mempunyai masalah bateri seperti ia tidak dapat dicaj.
Oleh kerana itu, mereka mengambil keputusan untuk menukar bateri di kesemua konsol mereka dan telah menghantar kesemua 5 ribu unit semula ke Malaysia untuk penukaran bateri.
Disebabkan perkara ini, pembeli yang sepatutnya menerima konsol tersebut pada akhir tahun ini, hanya akan mendapatkannya pada awal tahun 2022.