Penganalisa Menyasarkan Pengenalan GTA 6 Menjelang 2024

Take-Two baru-baru ini telah membelanjakan sejumlah wang dalam memperluaskan portfolio dan membeli Zynga. Dengan pengambil-alihan berkenaan, semestinya Take-Two perlu menjana kembali wang yang dibelanjakan oleh syarikat mereka.

Selari dengannya, kini penganalisa awal hadir menyasarkan Take-Two mungkin hadir dengan kemaskini siri permainan Grand Theft Auto popular mereka pada tahun 2024 kelak.

Sebelum ini, GTA 3 telah diperkenalkan pada 2001, dan seterusnya dikemaskini dengan GTA 4 pada 2008, dan GTA 5 pada 2013.

Dengan hampir 10 tahun sejak pengenalannya, ramai yang menantikan kemaskini permainan berkenaan.

Siri GTA sendiri mempunyai angka peminat yang ramai, dan ia merupakan salah satu siri yang menjana pendapatan tinggi untuk Take-Two.

Dengan desas-desus awal ini, sama-sama kita nantikan bilakah Take-Two dan Rockstar Games akan memperkenalkan siri GTA seterusnya kepada umum.

Sohor Kini