Skip to main content

Take-Two merupakan syarikat disebalik penerbit terkemuka seperti Rockstar Games dan juga 2K – yang terbitkan permainan seperti Grand Theft Aauto, BioShock, NBA 2K, Red Deaada dan banyak lagi. Hari ini, Take-Two membuat kejutan dan mengumumkan pengambil-alihan Zynga.

Zynga merupakan syarikat yang terkenal dengan permainan berbentuk sosial dan juga pada peranti mudah-alih. Antara yang popular adalah termasuk FarmVille.

Take-Two akan mengambil-alih Zynga pada nilai $12.7 bilion, iaitu sekitar RM53.34 bilion. Pengambil-alihan ini juga membentuk Take-Two sebagai antara gergasi penerbit permainan video.

Langkah ini juga akan mengukuhkan kedudukan Take-Two dalam arena permainan mudah-alih yang semakin popular dari hari ke hari.

Leave a Reply